Saturday, December 1, 2012

Kebaikan Coklat

Hai Assalamualaikum. Lama kan tak update blog kita ni? *tiup tiup* dah berhabuk dah ni haa. 
Okay hari ni kita nak post tentang kebaikan coklat. Haa kepada pengemar pengemar coklat di 
Malaysia. Ini kebaikan kebaikan nya ya. Ok lets read haa xD




1- Coklat Untuk Kesihatan

Coklat dengan kandungan biji koko memiliki lebih dari 70% kebaikan untuk kesihatan,kerana coklat kaya dengan kandungan antioksida iaitu fenol dan flavonoid.Dengan adanya antioksida ia mampu menangkap radikel bebas dalam tubuh.Kandungan antioksida ini tiga kali lebih banyak dari teh hijau,minuman yang selama ini sering dianggap sebagai sumber antioksida.Disebabkan fungsi antioksidanya itu maka minuman coklat sesuai dijadikan sebagai minuman kesihatan.Fenol, sebagai antioksida mampu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah sehingga mampu mengurangkan risiko terkena serangan jantung dan dikatakan boleh membantu mencegah timbulnya kanser dalam tubuh serta mencegah terjadinya strok mahupun darah tinggi.Selain itu,kandungan lemak pada coklat berkualiti tinggi dan bebas kolestrol.Ia tidak menyumbat pembuluh darah.


3- Coklat Itu Menenangkan

Rasa tenang yang timbul setelah menikmati coklat bukan sekadar perasaan sahaja.Malah coklat juga mengandungi ratusan zat yang memungkinkan terjadinya reaksi kimia di otak.Zat-zat inilah yang kemudian akan merangsang aktifnya serotonin di otak yang selanjutnya akan mengalirkan perasaan tenang dalam diri individu.Selain itu,zat terbanyak yang terkandung dalam coklat adalah theobromine yang dapat mensimulasikan jaringan sarat dan jantung yang membuat kamu terjaga dan bersemangat.Kesan ini juga boleh diperolehi dari kafein pada kopi atau teh.Manfaat lainnya.ia juga boleh membantu meredakan batuk.

4- Coklat Untuk Kecantikan

Kebaikan lain dari coklat adalah kecantikan.Kandungan antioksida yang ada di dalamnya dapat mencegah penuaan awal.Maka tidak hairanlah jika kini wujud satu kaedah baru dalam dunia kecantikan iaitu lulur coklat yang sangat baik untuk kecantikan kulit.

5- Coklat Bibitkan Rasa Cinta

Coklat juga mengandungi phenylethylamine yang berfungsi membantu penyerapan dalam otak dan menghasilkan dopamine yang akan menyebabkan perasaan gembira,meningkatkan rasa tertarik dan dapat menimbulkan perasaan jatuh cinta.Itulah alasan yang boleh digunakan,mengaoa coklat sering dijadikan sebagai hadiah tanda cinta.


Okay itu sahaja. Sekian terima kasih :)





5 comments: